Bilik Penginapan @ Roomstay
Pasir Tumboh, Kota Bharu
Kelantan Darul Naim

Lokasi kami berhampiran Bandar Satelit Pasir Tumboh. Mami Guest Room terletak di tepi jalan bersebelahan Masjid Al-Qasimi, Pasir Tumboh.

Kemudahan Berdekatan

Kurang 5 minit untuk anda ke:

Tempat Menarik

Mami Guest Room berada tidak jauh dari destinasi ini:

Dan lebih kurang 10km jika anda ingin berkunjung ke Street Art, Gelanggang Seni, Muzium Negeri Kelantan, Muzium DiRaja Istana Batu, Bank Pitis, Bazar Tok Guru, Masjid Andalusia, Taman Perbandaran Tengku Anis, Pasar Siti Khadijah, Kampung Kraftangan, Bazar Siti Aisyah / Buluh Kubu, Bazar Tengku Anis, Masjid Muhammadi / Masjid Negeri, Muzium Islam, Istana Jahar, Muzium Perang Dunia Ke-2, Bank Kerapu, Istana Balai Besar, Menara Rehal, Padang Merdeka dan Menara Jam Tambatan DiRaja.

Buat masa ini, Mami Guest Room ada menyediakan 4 buah bilik penginapan yang selesa di tingkat bawah dengan sewa harian yang berpatutan.

Bilik 1 @ Room 1

RM 120 sehari

Check-In: 2 pm
Check-Out: 12 noon

Bilik 2 @ Room 2

RM 80 sehari

Check-In: 2 pm
Check-Out: 12 noon

Bilik 3 @ Room 3

RM 150 sehari

Check-In: 2 pm
Check-Out: 12 noon

Bilik 4 @ Room 4

RM 100 sehari

Check-In: 2 pm
Check-Out: 12 noon

Apa Kata Pelanggan Kami

Google Maps

TEMPAHAN BILIK

Makluman Penting – Sebelum membuat tempahan (booking) bilik, pastikan anda membaca terlebih dahulu “Syarat & Peraturan” di bawah. Tempahan hanya boleh dibuat jika anda bersetuju dengan “Syarat & Peraturan” di bawah.

Syarat & Peraturan

1) Semua yang menginap di Mami Guest Room mestilah beragama Islam.
2) Semua yang menginap di dalam satu bilik mestilah terdiri daripada kaum keluarga yang mempunyai hubungan mahram atau kumpulan rakan yang sama jantina. Pasangan bukan mahram tidak dibenarkan sama sekali menginap di dalam bilik yang sama.
3) Dilarang melakukan maksiat dan aktiviti tidak bermoral samada di dalam atau di luar bilik penginapan dalam kawasan Mami Guest Room.
4) Tidak dibenarkan menginap ramai lebih daripada bilangan yang dibenarkan.
5) Meletak kenderaan dengan berhemah dan tidak mengganggu lalu lintas kenderaan lain. Kenderaan anda adalah atas tanggungjawab anda sendiri.
6) Makanan dan minuman halal sahaja yang dibenarkan dibawa masuk. Minuman keras (arak) tidak dibenarkan sama sekali, termasuk dadah serta apa-apa yang salah di sisi undang-undang.
7) Dilarang merokok di dalam bilik penginapan. Denda akan dikenakan jika terdapat bau rokok di dalam bilik penginapan. Tempat merokok adalah di ruang santai di luar bilik penginapan.
8) Sentiasa menjaga kebersihan di dalam bilik penginapan dan ruang santai di luar bilik penginapan. Sampah perlu dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan.
9) Tidak dibenarkan mengubah kedudukan perabot atau apa jua barangan yang terdapat di dalam atau di luar bilik penginapan dalam kawasan Mami Guest Room.
10) Menggunakan kemudahan yang disediakan dengan cara berhemah dan tidak membazir. Tutup paip air, suis lampu, suis shower heater, kipas, penghawa dingin (aircond), seterika dan televisyen jika tidak digunakan.
11) Selain kain langsir ditutup, pintu dan jendela mestilah sentiasa dikunci, samada ketika anda sedang menginap atau keluar dari bilik penginapan.
12) Segala risiko adalah atas tanggungjawab anda sendiri. Pihak Mami Guest Room tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kehilangan harta benda milik anda.
13) Pihak Mami Guest Room tidak akan bertanggungjawab atas kecederaan atau kehilangan nyawa yang disebabkan oleh kecuaian anda sendiri atau sebab-sebab lain yang berada di luar kawalan pihak Mami Guest Room.
14) Dilarang mengambil atau membawa pulang apa jua barangan yang terdapat di dalam atau di luar bilik penginapan dalam kawasan Mami Guest Room (kecuali air mineral, kopi segera, sabun mandi dan syampu yang disediakan di dalam bilik penginapan). Ganti rugi akan dikenakan jika berlaku kehilangan. Wang deposit anda akan ditolak sebagai ganti rugi. Sekiranya kehilangan melebihi jumlah deposit, harga penuh barangan yang hilang akan dituntut. Pihak Mami Guest Room juga berhak untuk membuat laporan polis.
15) Dilarang melakukan vandalisme atau merosakkan apa jua barangan yang terdapat di dalam atau di luar bilik penginapan dalam kawasan Mami Guest Room. Ganti rugi akan dikenakan jika berlaku kerosakan. Wang deposit anda akan ditolak sebagai ganti rugi. Sekiranya kerosakan melebihi jumlah deposit, kos penuh untuk membaiki atau menggantikan barangan yang rosak akan dituntut. Pihak Mami Guest Room juga berhak untuk membuat laporan polis.
16) Dilarang membuat kekotoran (contohnya menconteng dinding, membuang sampah seperti tisu atau tuala wanita ke dalam mangkuk tandas sehingga tersumbat, dan lain-lain). Ganti rugi akan dikenakan jika berlaku kekotoran. Wang deposit anda akan ditolak sebagai ganti rugi. Sekiranya kekotoran melebihi jumlah deposit, kos penuh pembersihan kekotoran akan dituntut.
17) Untuk menempah bilik, anda perlu membayar deposit dan deposit tidak akan dikembalikan jika anda membatalkan tempahan bilik. Deposit tersebut hanya akan dikembalikan kepada anda jika tiada sebarang masalah (kehilangan, kerosakan atau kekotoran) setelah daftar keluar (check-out) dari bilik penginapan.
18) Bayaran sewa penginapan bilik perlu dijelaskan sepenuhnya sebelum daftar masuk (check-in). Kunci bilik hanya akan diserahkan kepada anda jika bayaran penuh untuk sewa penginapan telah dijelaskan. Anda hanya berhak untuk menginap jika bayaran sewa penginapan telah dibayar sepenuhnya.
19) Jika anda daftar keluar (check-out) awal dari waktu atau tarikh yang sepatutnya, anda tidak berhak untuk meminta wang sewa penginapan untuk dikembalikan.
20) Simpan kunci bilik dengan elok sepanjang tempoh penginapan. Kunci bilik hendaklah diserahkan kepada pihak Mami Guest Room ketika anda daftar keluar (check-out). Kunci yang hilang akan dikenakan bayaran denda.

Jika anda bersetuju dengan “Syarat & Peraturan” di atas dan ingin menempah bilik penginapan Mami Guest Room, sila hubungi kami untuk memastikan kekosongan bilik pada tarikh yang anda ingin menginap. Beritahu kami nama anda, tarikh anda ingin daftar masuk (check-in) dan daftar keluar (check-out) serta nombor bilik yang anda ingin menginap. Kami akan semak dan beri maklum balas kepada anda dengan kadar segera.

Sekiranya ada kekosongan bilik untuk tarikh yang anda ingin menginap, sila bayar deposit dengan kadar segera.
~ Untuk tempoh penginapan 1 atau 2 hari (deposit RM100)
~ Untuk tempoh penginapan 3 atau 4 hari (deposit RM200)
~ Untuk tempoh penginapan 5, 6 atau 7 hari (deposit RM300)

Bilik hanya akan dirizabkan (reserve) untuk anda setelah bayaran deposit telah diterima. Jika tiada bayaran deposit atau tiada maklum balas, anda dianggap tidak berminat dan tarikh tersebut terbuka kepada guest lain. Sebelum anda membuat tempahan bilik, sila pastikan anda benar-benar ingin menginap pada tarikh tersebut kerana wang deposit tidak akan dikembalikan jika anda membatalkan tempahan. Wang deposit tersebut hanya akan dikembalikan kepada anda jika tiada sebarang masalah (kehilangan, kerosakan atau kekotoran) setelah anda daftar keluar (check-out) dari bilik penginapan.

Bayaran deposit tidak termasuk bayaran sewa penginapan.

Bayaran sewa penginapan bilik adalah seperti di bawah:
Bilik 1 @ Room 1 : RM120 sehari
Bilik 2 @ Room 2 : RM80 sehari
Bilik 3 @ Room 3 : RM150 sehari
Bilik 4 @ Room 4 : RM100 sehari

Bayaran sewa penginapan bilik perlu dijelaskan sebelum anda daftar masuk (check-in). Kunci bilik hanya akan diserahkan kepada anda jika bayaran sewa penginapan telah dijelaskan sepenuhnya.

Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan bilik, sila hubungi Mami Guest Room.